Saturday, 2 July 2011

standing up 4 myself. :)

there are few word i liked to quote here..because i found it really interesting and meaningful,, :)

1. letting go doesn`t mean u r giving up it means u had the wisdom to know that sometimes those aren`t meant to be ....




coldplay-Fix you


2. you only get one shot at life .. follow your dreams .. have no regrets and treasure the people around you ..


3. just because a person makes mistakes and has been labeled .. doesn`t mean that they are a bad person . maybe that area in life is a struggle .. who are you to judge anyone ??


4. What Is Life ?!! ..... They Say It's Something Between Birth To Death ... It's "B" to "D" ...... But What's Between "B" And "D" ? ........ It's "C" ...It 's your CHOICE






5.Apologizing doesn't always mean you're wrong and the other person is right.. It just mean that you value your relationship more than your ego. :)




6.They say... hope begins in the dark. But most just fail around in the blackness searching for their destiny. The darkness, for me, is where I shine.



Wednesday, 29 June 2011

the truth in life. :)

♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥
█▓▒░•*˙·٠•●♥May ﷲ be with you™♥●•٠·˙*•. ░▒▓█
♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜ♥ஜ۩۞۩ஜ♥


Assalamualaikum. :D


yes,im in a good mood. 
i just want to ask you a question before i start this entry. hihi....


what do you expect your future to be?
in the next year..
in the next 3 years..
in the next 5 years..


we never know what future would bring us.. but im sure of one thing.


whatever we did today will effect our future.
yup,that is very true.


this entry is just a reminder for me..of what happen on 2005/2006


because,a crush is not just a crush.. 
sometimes,its more than that. :)


credit to my so long ago bus driver. hahaha. (merapu giler) 


grenade lorve from : Miss Aila <3 xoxo

Sunday, 26 June 2011

change for goooood

when past told us that we did something wrong.
eventually sometimes,we didn't notice it.
or maybe we know we did,and we pretend it never happen.
a little girl like me.
when i did a mistake,
at first i never admit it was mine.
we all made mistake yeah.

so,then i made up my mind.
and try to accept all the wrong doing that i did.

hard. really hard.
the pain i have to endure.
the torture look that always goes to me.
and i give up. :)

thinking that im not always right.
there is always the left side we go and get wrong.

time will show us,whether our decision is worth it.

keep going on..
get up and earn what ever u want.
perhaps,what u want is not good enough to be your's.
god will always give you something much more better.
trust me!

grenade love from : Miss Aila 20/10 :) 

Saturday, 4 June 2011

love again..and fall..

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.
Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. 
Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. 
Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.
Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. 
Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. 
Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. 
Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. 

Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Friday, 3 June 2011

We worry so much about being successful,
But what does successful really mean?


Money?
Looks?
Big houses?
Fancy jobs?
Flashy cars?
Being the most popular on the street?


No!

Success is...
When you worship Allah,
Devoting your life to Him,
Showing that you love Him,
Care for Him,
And want to be the best servant for Him.

Success is...
When you have perfected your Salaah,
Praying Promptly,
Abandoning your sleep,
Delaying work and play,
And never missing it.

Success is...
When you love our beloved Prophet Muhammad sallallahu `alayhi wa sallam,
With all of your heart,
Following in his perfect ways,
Spreading his beautiful words,
And obeying him,
May peace and blessings of Allah always be upon him.


Success is...
When you please your parents,
Helping around the house,
Trying to be the best son or daughter you can be,
Taking care of them when they are ill,
And placing your attention upon them.



Success is...
When you love your Muslim Brothers and Sisters unconditionally,
Helping one another in the Deen,
Showing each other the way of right,
Reminding them to pray,
And joining together to be apart of the believing Ummah.

So success in this life is...
When you follow the enlightening path of Islam,
For the goal of receiving Paradise,
Where you will be with Allâh for all of eternity,
Living and breathing tranquility.

This is what being successful really means !!

when my FB scr Rasminya diStalk~

so,ape perasaan korang bila most of your personal things,u have to remove.
when most of your picture you have to make it private.
just because,you know,there are thousand of f**king stalker all over your wall..
reading each and everything about you.
and sending plenty of hell msg in yr inbox!!

for me..(im tgh panas ati..panas kuali..smua panas ni)
i rasa nk remove je..tp sbb everytime i remove,there is always a new one..always a new one.
and it make me tired!!

fux! you ever know how it feel..!!??

pesanan to all stalker & paparazi out there..!!
im not a famous person..not tat damn cute..and not tat nice & hot gurl..
so ya better stay out from my personal life! ufgh..
fed UP giler dgn korg..

Monday, 30 May 2011

tutorial Add kawan di FB

Add kawan memang senang dekat Facebook tapi kekadang hangin gak tengok orang main add je dekat facebook walaupun tak kenal. Mungkin ada orang yang tak setuju pasal pendirian aku ni tapi takpe kita akan pergi kesitu kejap lagi...



STEP #1: USHA INFO ORANG YANG ANDA NAK ADD
Ini bukan stalking sebab masalahnya kau kena tahu siapa yang kau nak add tu. Entah-entah perogol bersiri ke, pembunuh ayam itik ke...Tak pun bapak sendiri yang menyamar jadi orang muda. Manalah tahu kan? Setakat letak nama "Jejaka Sepi" yang berumur 17 tahun dan bergambarkan Tom Cruise, sesiapa pun boleh buat tak sampai seminit

Macam profile aku, aku letak info penting yang kengkawan baru perlukan sebelum add aku, yang berbunyi:
I hate seeing people add me haphazardly. This ain't myspace/friendster so please make sure you have a purpose of befriending with someone. Unknown requests with no intro will be automatically ignored.
dan
roses are red
violets are blue
before you add,
taruk intro dulu
Tapi kebanyakan yang add semuanya tak sekolah dan tak reti membaca. Atau mungkin saja-saja tak faham bahasa


STEP#2: SERTAKAN MESEJ PERIBADI
Langkah kedua ni sangat penting untuk mereka yang mengambil berat pasal mendedahkan informasi peribadi di Facebook. Andainya korang guna nama pelik macam aku, kalau nak add orang, haruslah bagitahu si penerima yang korang ni siapa. Contohnya:


Maka si penerima akan berfikir, oh ni member kawan aku. Takpalah bagi add..untung-untung boleh jadi boyfriend nanti. Ataupun, oh ni pembaca blog ni. Apa salahnya merapatkan hubungan antara blogger melalui Facebook. Selain tagline dalam gambar, ada juga beberapa lain yang boleh dgunakan seperti:
  1. Saya perogol bersiri yang nak berkenalan dengan awak
  2. Saya bapak awak, tapi kita tak pernah berjumpa
  3. Saya budak baru kenal Facebook yang saja-saja nak add orang yang tak kenal lepastu buat bodoh je. Ala, saya dah biasa buat di Myspace.
  4. Saya sekadar nak bagi bilangan kawan di Facebook banyak je. Bukannya saya nak kenal awak.
Tapi sah-sahla aku takkan approve intro message yang macamtu. Yelah takde point pun add orang macam tu kan? Sesetengah orang siap sound aku lg through FB messages pasai pa taknak approve diorang dan keluarlah ayat-ayat macam ni:

AYAT#1: ALA NAMA PUN FACEBOOK, TAK SALAH PUN ADD ORANG BRO
Brader, ni aku nak tanya sikit. Lu ni mesti ada Myspace dengan Friendster kan? Kawan-kawan lu mesti beribu-ribu kan? Tapi Dalam beribu tu tak sampai 5 pun yang lu kenal betul-betul kan?

AYAT#2: KO GELABAH SANGAT APESAL?
Aku bukan gelabah kak long oi. Masalahnya aku ni jenis tak suka tengok News Feed aku semak dengan status dan post orang yang aku tak kenal. Hari-hari nak update pasal selipar jamban putuslah, kucing demamlah, beli spender dekat LowYatt lah. Tapi yang aku lagi tak suka tengok ialah orang yang berdoa dekat Facebook. Yo, nak berdoa pergi tikar semayang tu lah. Ko 'berdoa' dekat Facebook nak suruh orang like ke?

Pedas? Minum air. Aku minum susu tadi.