Saturday, 17 September 2011

dia tercipta untuk saya

29 december 2009
mohammad haziq bin maslan
satu nama baru yang hadir dlm diri ini.
detik perkenalan kami mudah.
hanya dengan bercerita kisah-kisah bersama.

16 march 2010
kali pertama menatap matanya.
suria KLCC
kinokuniya bookstore.
lambang cinta kami dan betapa kami mencintai buku. :)

terlalu banyak rasa yang dialami saat kami mula berkenalan.
sedih. pahit. sukar. dugaan. perit. nyilu.
dia tetap disisi walau apa jua berlaku.

betapa tenang dia melayan setiap tingkah keanak-anakan aku.
dihatinya cuma ada satu nama.
dihatinya cuma ada satu insan untuk dilindung.

dan aku juga sedar,betapa besarnya tanggungjawab
insan yang ku sayang terhadap keluarganya.

dirinya begitu sempurna.
sempurnanya kerana ku terima setiap kekurangan yang ada.
setiap insan punya kelebihan.
dan ku akui.
kelebihannya itu menawan hati insan yang amat sukar untuk ditakhluki.

katanya cinta bukan untuk mainan.
dia tidak melafazkan sesuatu sekadar permintaan.
dia jujur dan ikhlas atas dasar sayang.

yaAllah,peliharalah kekasih ku dari kesulitan.
kuatkanlah cinta kami sekuat cinta mu pada kekasih mu jua.
lindunglah kami dari kelaknatan.
sucikanlah hati kami dari kemurkaan.
junjunglah kasih kami diatas jalan kebenaran.
titiplah rahmat mu dlm hubungan kami.
satukanlah hati kami dgn akad yang murni.
belailah keturunan kami dgn tauladan.
krn kami mengakui bhw kami lah insan,
yang lemah lg hina disisi mu. 

No comments:

Post a Comment